RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA (RMR1M) CANTIK & SIMPLE! SANGAT MURAH, HANYA RM45,000

Dari perkongsian di laman Facebook Friends of PDRM

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) ni boleh tahan gak cantik & simple! Sangat murah, hanya RM45,000 je..

Harga – RM65KSubsidi kerajaan – RM20KYang perlu dibayar – RM45KKalau buat loan 20 tahun – RM150 sahaja tiap bulan

Admin share cara-cara untuk anda memohon.

Cara apply rumah mesra rakyat (RMR) 1 malaysia.

1. Wajib ada tanah sendiri2. Pergi SPNB3. Ambil borang dan isi.4. Apply kat SPNB nak design ni. (Kalau nak print gambar ni silakan.)

SYARAT-SYARAT PERMOHONANWarganegara Malaysia.

Berumur 18 hingga 65 tahun*.

Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.

Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.

Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.

Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

* Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi Kawasan Pulau

* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan Kawasan Pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu)

Kalau nak apply dan memohon boleh rujuk terus ke SPNB di

–> SPNB MESRA

Apply Online —> RMR Online

atau

Jumpa ADUN kawasan anda.