Satu lagi usaha kerajaan untuk menerap dan memahamkan orang ramai mengenai pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) diambil hari ini.

Menggunakan Neelofa, pengacara dan selepiti popular itu dilantik sebagai duta TN50 oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Ia diumumkan oleh menteri sendiri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada majlis pengenalan duta TN50 siri kedua di Kuala Lumpur.

Pilihan Editor

Izara Aishah: Ini adalah ujian Allah

Sementara itu Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Md Noor, 28, berazam untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan sebaik mungkin.

Bagaimanapun Neelofa menyedari kepercayaan diberikan kepadanya itu turut membawa tanggungjawab yang besar.

“Besar sebenarnya tanggungjawab ini. Insya-Allah, Lofa akan gunakan segala peluang dan ruang yang Lofa ada untuk mengajak anda semua, bersama dengan Lofa, berkongsi idea dan aspirasi anda untuk Malaysia,” tulisnya dalam akaun Instagram yang memiliki hampir lima juta pengikut.

Pengumuman itu menyaksikan seramai 23 duta terlibat secara langsung dalam menjayakan agenda TN50 diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pelakon drama popular Suri Hati Mr Pilot itu juga memberitahu, pemilihannya sebagai duta TN50 adalah kerana memiliki pengaruh yang meluas di media sosial.

“Saya percaya dengan jumlah pengikut dan pengaruh yang ada, saya boleh jadi penghubung dan medium antara pemimpin kerajaan dengan generasi muda untuk menyuarakan dan corakkan wawasan negara lebih dinamik.

“Kita bottom up, maksudnya TN50 dibentuk oleh suara yang jadi inspirasi dan akan diperhalusi oleh pakar dalam bidang masing masing sebelum diterjemah menjadi pekembangan negara lebih positif," katanya.

Neelofa menambah, menyampaikan maklumat melalui media sosial seperti Instagram dan Twitter adalah lebih mudah dan ia dianggap bonus kerana statusnya sebagai anak seni.

"Saya rasa cara untuk sampaikan mesej melalui media sosial lebih senang dan saya ada bonus kerana berada dalam industri seni, mereka lebih senang dengar cakap saya," katanya.

Dia juga berkata, sebagai duta TN50, platform yang akan digunakannya ialah sebagai rakyat Malaysia dan bukan seorang selepiti.

Pada majlis itu Khairy berkata nama Neelofa diumumkan antara 10 duta lain ekoran pembabitan pemenang pertandingan Dewi Remaja 2009 itu dalam industri seni tempatan, selain kejayaan memberangsangkan dalam perniagaan.

“Pada usia semuda 28 tahun, Neelofa terpilih menyertai barisan itu kerana kecemerlangan dipamerkannya sebagai anak seni selain bergelar usahawan mudaberjaya,” katanya.

參考來源