Seorang guru lelaki terkejut melihat keadaan kemaluannya yang lebam selepas sedar dari pengsan dipercayai dirogol empat orang remaja perempuan.
Guru lelaki yang berasal dari Zimbabwe tersebut menceritakan bahawa dia mengalami seksual selama berjam-jam oleh empat perempuan berkulit cerah yang masing masih dipercayai pelajar.
Dalam kejadian itu, dia menumpangkan 4 remaja wanita berkenaan dalam perjalanan balik ke rumah menaiki kereta.
Kemudian salah seorang wanita menyuruhnya masuk ke jalan kecil sebelum berhenti, secara tiba-tiba salah seorang dari mereka menekup mulutnya dari belakang dengan kain yang membuatnya tidak sedarkan diri.
Pihak polis setempat yang membuat siasatan mendapati mangsa memakai kereta Toyota Quantum, empat penumpang wanita berkenan adalah buruan pihak polis yang sudah beberapa kali melakukan aktiviti seksual terhadap lelaki di kawasan itu.
Bulan lalu sahaja terdapat 3 lelaki yang menjadi mangsa, dipercayai empat wanita itu memiliki perniagaan menjual sperma lelaki.
Alasan mereka menumpang kereta orang lain dengan mengatakan ingin menjemput seorang rakan dan kemudiannya mengalihkan laluan perjalanan mereka.
Beberapa mangsa berkata bahawa salah seorang dari perempuan itu pasih berbahasa Ndebele, sesekali mereka bercakap dengan bahasa yang tidak difahami.
Guru yang menjadi mangsa berkata, sebelum dia ditekup salah seorang wanita sempat memberikan sebotol minuman, ketika dia sedarkan diri dia berada di semak samun dengan keadaan telanjang dan kemaluannya lebam. Dia kemudian bergegas ke dalam kereta dan melaporkan kejadian kepada pihak polis.
Sebelumnya, mangsa mendakwa bahawa dia pernah melihat gadis berkenan dan mereka juga pernah cuba menggodanya.